Kenapa Ustaz bencikan Anwar Ibrahim
USTAZ : "Ana nak tegur sikit, enta jangan marah...." .
AWANG
: "Eh,
takkan saya nak marah.... nak tegur apa, Ustaz...? Silakan..." .
USTAZ : "Ana tengok, enta
terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim.... Tak boleh, syeikh.... Kita tak boleh
taksub kepada manusia, haram hukumnya....!" .
AWANG
:
"Ustaz, saya orang Islam.... Sebagai seorang Muslim, saya nak bagitahu
bahawa saya tidak suka jika orang Islam lain difitnah sebegitu rupa.... Saya
tidak suka kalau orang Islam lain dizalimi dan dianiaya begitu.... Itu saja....
Adakah itu yang Ustaz maksudkan saya taksub kepada Anwar...?" .
USTAZ : "eer... Bukan itu
maksud ana...." .
AWANG
: "Bila
bercakap tentang penderitaan rakyat Palestine, Ustaz bertempik sampai nak
terkeluar anak tekak, siap tumbuk meja sebab marahkan Israel.... Siap tumbuk
dinding kerana marahkan tentera Yahudi...... Padahal kalau ustaz melolong dan
meraung seluruh negara pun, orang Yahudi di Israel tak dengar pun......! Tapi
bila Anwar difitnah dan dizalimi oleh orang Islam sendiri di depan mata kita,
kenapa Ustaz tak tumbuk lantai....? Sekarang, siapa yang taksub....?"
.
USTAZ
: "Kita
tak boleh kata Anwar telah dizalimi..... Anwar bukannya baik sangat... Dia
bukannya maksum.... Tidak mustahil kalau dia memang bersalah.... Kalau enta
kata confirm Anwar tidak bersalah, itu tak betul.... Dia bukan
Malaikat....!"
AWANG : "Adakah Ustaz percaya
Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu...?"
USTAZ : "Bukan soal percaya
atau tidak.... Enta juga tidak boleh kata confirm dia tak buat.... Sebab kita
sama-sama tak tahu."
AWANG : "Kalau tak tahu,
kenapa dia dihukum....? Ustaz orang alim, mengaji sampai ke Mekah Madinah, ilmu
tinggi langit, ijazah bergulung-gulung macam tikar.... Sekarang saya nak tanya,
kitab mana yang bagitahu kita boleh menghukum orang sebab kita sama-sama tak
tahu samada dia bersalah atau tidak...?"
USTAZ : "Anwar pun ada buat
salah..... Ada bukti.... Terang-terang dia gila kuasa, nak rampas
Putrajaya."
WANG : "Kenapa tak hukum dia
atas kesalahan nak rampas Putrajaya....? Kenapa buat fitnah kononnya dia telah
meliwat....? Mazhab mana yang ajar kalau seseorang melakukan kesalahan, kita
boleh reka tuduhan atas kesalahan lain kemudian hukum dia...? Hukum Islam mana
yang benarkan begitu...? Ustaz pakai kaedah mana...?"