Sabtu, 13 Ogos 2016

Kenapa Ustaz bencikan Anwar Ibrahim

USTAZ
: "Ana nak tegur sikit, enta jangan marah...." .
AWANG : "Eh, takkan saya nak marah.... nak tegur apa, Ustaz...? Silakan..." .  
USTAZ : "Ana tengok, enta terlalu taksub kepada Anwar Ibrahim.... Tak boleh, syeikh.... Kita tak boleh taksub kepada manusia, haram hukumnya....!" . 
AWANG : "Ustaz, saya orang Islam.... Sebagai seorang Muslim, saya nak bagitahu bahawa saya tidak suka jika orang Islam lain difitnah sebegitu rupa.... Saya tidak suka kalau orang Islam lain dizalimi dan dianiaya begitu.... Itu saja.... Adakah itu yang Ustaz maksudkan saya taksub kepada Anwar...?" . 
USTAZ : "eer... Bukan itu maksud ana...." . 
AWANG : "Bila bercakap tentang penderitaan rakyat Palestine, Ustaz bertempik sampai nak terkeluar anak tekak, siap tumbuk meja sebab marahkan Israel.... Siap tumbuk dinding kerana marahkan tentera Yahudi...... Padahal kalau ustaz melolong dan meraung seluruh negara pun, orang Yahudi di Israel tak dengar pun......! Tapi bila Anwar difitnah dan dizalimi oleh orang Islam sendiri di depan mata kita, kenapa Ustaz tak tumbuk lantai....? Sekarang, siapa yang taksub....?" . 
USTAZ : "Kita tak boleh kata Anwar telah dizalimi..... Anwar bukannya baik sangat... Dia bukannya maksum.... Tidak mustahil kalau dia memang bersalah.... Kalau enta kata confirm Anwar tidak bersalah, itu tak betul.... Dia bukan Malaikat....!"  
AWANG : "Adakah Ustaz percaya Anwar melakukan perbuatan terkutuk itu...?"  
USTAZ : "Bukan soal percaya atau tidak.... Enta juga tidak boleh kata confirm dia tak buat.... Sebab kita sama-sama tak tahu."  
AWANG : "Kalau tak tahu, kenapa dia dihukum....? Ustaz orang alim, mengaji sampai ke Mekah Madinah, ilmu tinggi langit, ijazah bergulung-gulung macam tikar.... Sekarang saya nak tanya, kitab mana yang bagitahu kita boleh menghukum orang sebab kita sama-sama tak tahu samada dia bersalah atau tidak...?"  
USTAZ : "Anwar pun ada buat salah..... Ada bukti.... Terang-terang dia gila kuasa, nak rampas Putrajaya."  
WANG : "Kenapa tak hukum dia atas kesalahan nak rampas Putrajaya....? Kenapa buat fitnah kononnya dia telah meliwat....? Mazhab mana yang ajar kalau seseorang melakukan kesalahan, kita boleh reka tuduhan atas kesalahan lain kemudian hukum dia...? Hukum Islam mana yang benarkan begitu...? Ustaz pakai kaedah mana...?"  