Rabu, 7 Januari 2015



PAS Kelantan kena buktikan Islam adalah perjuangan dan anutannya.

Banjir Selut di Kelantan - gambar google Jika benar Kerajaan Kelantan yang ada pada hari ini berjiwa Islam dan benar-benar memperjuangkan kebajikan untuk rakyat, sila usulkan kepada Kerajaan Pusat supaya penubuhkan Suruhanjaya diRaja sebagaimana yang disarankan oleh NGO.

Berikut adalah transkrip ucapan Presiden NGO Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) , Ramesh Rao yang disertakan V-deonya di bawah posting : 

You Tube - NGO wants RCI to probe Kelantan logging 


00:01 ~ Yang sebenarnya, yang isu banjir yg sedang berlaku, tahun 2010, ada satu team pakar alam sekitar daripada luar negara, daripada Amerika, Mereka telah memberi laporan kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan, Mereka telah mengesahkan dan confirm dgn yakin, memberi laporan yang banjir yang dahsyat akan berlaku pada 2014 – mengikut pengiraan jumlah hujan yg turun, mengikut tarahan tanah, mengikut hakisan, apa yang berlaku dalam 4 tahun, banjir yg paling dahsyat akan berlaku akibat daripada hakisan tanah.Dan laporan penuh telah pun diserahkan kepada Pejabat Menteri Besar Kelantan pada waktu itu, malahan, langsung tidak dilayan.

01:03 ~ Dan mereka memberi alasan ini adalah satu drama ciptaan Kerajaan Pusat, untuk memalukan Kerajaan PAS Kelantan.Jadi laporan yang diberi 2010 telah menjadi kenyataan.

01:20 ~ Dalam dua minggu ni, apa yang kita dah nampak, sampai rumah pun hanyut, yang pertama kali berlaku.

01:28 ~ Yang kedua, laporan itu juga menyebut, macam rumah-rumah dihanyutkan, semua mereka dah bagi complete report. Saya pun turut bersama masa itu bagi laporan.

01:44 ~ Dan Kerajaan PAS langsung tidak menerima atau mendengar atau mengindahkan (ambik peduli) apa yg diberitahu oleh pakar alam sekitar pada masa itu.

01:54 ~ Dan hari ni benda ni telah berlaku, dan justru saya minta kerajaan Pusat buat RCI – Suruhanjaya diRaja, siasat senarai penerima balak, bagaimana dianugerahkan, siapa penerimanya, adakah telah menepati cirri-ciri yang di tetapi oleh Jabatan Hutan, alam Sekitar (Jabatan Alam Sekitar), dia ada satu clause untuk …alam sekitar, dia hijau…dia punya reading lari…

02:40 ~ Bila you nak tebang balak tu, katakan, dia ada lereng bukit tu, di ada bacaan mengikut tanah dan pokok. Bacaan itu fail di Kelantan- tidak menepati cirri-ciri…..(dia terlupa code yg dimaksudkan)

03:23 ~ Jadi sekarang kami minta, sebab kami sendiri telah pergi Kelantan masa banjir dan tengok suasana yg berlaku disana memang dahsyat dan kalau nak dikatakan punca hujan, nak percaya punca hujan memang tak masuk akal lagi dah!

03:41 ~ Sebab kalau tengok aliran tanah, yg bergolek daripada bukit, cukup dahsyat. Gila!

03: 50 ~ Tanah dia meluncur laju! Sebab kalau nak ikutkan hujan, jumlah hujan yg turun setiap tahun, check and balance, ada sikit, ada naik. Tapi tahun ini, tanah pula meluncur lebih cepat! Dan meluncur tanpa tahanan.

04:12 ~ Dan saya minta Kerajaan Pusat berani, memberanikan diri, kami memohon kejantanan Kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya diRaja untuk menyiasat skendal balak ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan