1MDB – Skim himpun,samun & balun wang sepuas2nya...
Tua Kui Park Niaw Kui- Hantu Besar lawan Hantu Kecil...
Saya mendengar rakaman ucapan Dr Mahathir di K Club
Melawati. Saya harap rakaman tersebut adalah benar. Saya tidak ada disitu,
kerana pihak penganjur seperti Ibrahim Ali tidak anggap saya sebagai Melayu.
Pada dia Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Sebab itu saya kata, Ibrahim Ali
hanya proxy UMNO. Dan kepada Ibrahim Ali, Redhuan Tee itu Melayu dan saya bukan
Melayu.
Dr Mahathir- kalau dia hendak selamatkan Malaysia,
janganlah endorse yang terbaik dari yang terburuk- iaitu Muhyidin Yassin. Rekod
Muhyidin Yassin semasa jadi MB Johore dahulu apa kurang nya. Dia belum jadi PM,
jadi dia berbau wangi. Isteri dia belum isteri PM, juga berbau wangi macam
mawar.Habis segala tanah dikatakan dijual oleh Muhydin kepada cukong2 dan
pemaju Cina. Isteri dia pun suka Birkin Hermes.
Berapa kali saya sudah sebut hipokrasi pemimpin UMNO-
suruh orang Melayu biasa bermusuh dengan orang Cina biasa, tapi semua pemimpin
UMNO bersekatil dengan mereka melakukan bisness. Disebalik semua kejayaan
pemimpin UMNO dalam bisness- tentu sekali ada apek cina.
Ini pun orang Melayu UMNO tak nampak.
Sepatutnya, Dr Mahathir kalau dia hendak selamatkan
Malaysia elok mencadangkan seorang pemimpin yang dihormati oleh ramai pihak dan
ada integrity. Sayang sekali yang ada integrity ialah orang UMNO sendiri yang
Dr Mahathir semacam ada kebencian mendalam. Kalau betul nak selamatkan
Malaysia, baik sahaja Dr. Mahathir endorse Tengku Razaleigh Hamzah. Walaupun
bukan dalam hairaki UMNO tapi keadaan luar biasa memerlukan tindakan yang luar
biasa.
Saya rasa Tengku Razaleigh boleh menstruktur semula
pemerintahan Malaysia ini dengan politik yang inklusif termasuk mendapat
komitment dari parti pembangkang. Tidak ada acara BN boleh memerintah Malaysia.
Semua parti BN sudah hilang kredibiliti. UMNO tidak mendapat kepercayaan orang
melayu- Cina menolak MCA dan sokongan kepada pemimpin India DAP lebih banyak
dari sokongan kepada India MIC. Ini adalah kenyataan. Suka atau tidak suka,
belajarlah menerima nya.
Kita hendak yang jujur dan amanah dan cekap bukan yang
buta sebelah mata di kalangan yang buta kedua belah mata. Saya kata, kita
lupakan sahaja Muhyidin Yassin. Maaf- maksud saya, orang Melayu yang bukan UMNO
lupakan Muhyidin Yassin. Dan orang Melayu yang bukan sokong UMNO lebih ramai
dari Melayu yang sokong UMNO.
Dr Mahathir bukanlah ceritakan perkara baru kepada kita.
Skandel penyonglapan wang dari 1MDB dibangkit dengan sengit oleh pemimpin parti
pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli. Orang UMNO buat tak faham
skendel kewangan ini, kerana ia melibatkan ketua mereka.
Tangggungjawab pemimpin Umno bukan keatas negara, tapi
keatas pemimpin mereka. Tidak mengapa dia buat salah- dia orang melayu. Dari
jalan2 dan lorong segenap kampong dan bandar serta kota, desas desus mengenai
pembunuhan Altantuya sudah lama kendengaran dan semua lorong dan jalan tersebut
nampaknya menghala kepada PM Najib, Rosmah, Razak Baginda dan orang2 yang
berkerja dengan mereka.
Siapa yang dalam hairaki UMNO yang hendak Dr Mahathir
munculkan sebagai pengganti? Dr Mahathir mestilah jujur dalam perkara ini. Dia
tidak ada sesiapa dikalangan hairaki pimpinan UMN yang ada sekarang. Yang ada
dalam UMNO ialah orang yang berada diluar hairaki tradisional.
Tentu bukan Muhyidin yang ada skendel kewangan dia
sendiri. Saya harap tidak. Tentu juga bukan cucu Onn Jaafar yang lebih suka
main computer games dan datang pejabat waktu tengah hari sahaja. Kejayaan kecil
dia handle kehilangan MH370 tidak boleh menutup kegagalan nya menangani
pencerobohan lasykar suluk di Sabah.
KJ? Kj dah gone case. Dia akan dipancung oleh veteran
UMNO sebelum boleh bercakap apa2. Dia gagal menjawab soalan Kit Siang dalam
parlimen bagaimana dia jadi penganggur yang terkaya di Malaysia dan sehingga
hari ini, belum dapat meyakinkan LHDN mengenai pendapatan nya. KJ hanya
terkenal sebagai menteri yang berulang kali menanam rumput padang untuk stadium
Bukit Jalil. Pun masih gagal.
Reality nya, UMNO sudah bengkrap pimpinan. Dari UMNO,
Malaysia tidak ada masa depan. Yakni UMNO dalam bentuk sekarang dan barisan
pemimpin terdapan yang ada sekarang. Shafie Apdal? he is a non-starter.
Apabila Dr Mahathir kata dia boleh maaf(excuse) Najib
kerana tidak mahu meneruskan jambatan bengkok, saya rasa gembira kerana tidak
perlu menerangkan rasional pembinaan jambatan bengkok tersebut.
Walaupun ianya mempunyai objektif jangka panjang untuk
menghentikan monopoli Singapura keatas penyinggahan kapal di Singapura, aspek
negatif pembinaan jambatan bengkok itu ialah ianya diasaskan atas pinsip beggar
thy neighbour atau memiskinkan jiran.
Walaupun begitu, saya bersedia mempertahankan pembinaan
jambatan bengkok, atas asas prinsip bahawa Singapura mestilah bersedia berkongsi
kemakmuran disamping menyelesaikan pencemaran laut di Johore straits dengan
membuka causeway lama. Singapura ada cukup talent pool untuk mengatasi
rintangan fisikal. Let us share the prosperity dan jangan beri Singapura
menikmati monopoly seorang diri.
Dr Mahathir tanya dimana baki RM27 billion? dimana hilang
nya RM27 billion tersebut? Tak hilang Doc- tapi ada silap mata. Silap mata yang
dipersetujui oleh anak bekas PM yang Doc idolise.
Ia tidak hilang.
Mesti ada dalam balance sheet. Atau dalam bentuk cash. Mungkin apa yang
sebetulnya terjadi, Najib dan geng penyamun sudah sedar, nilai RM27 billion
bukan lagi RM27 billion, tapi sudah susuat nilai. Pelaburan yang bernilai RM27
billion asalnya sudah jatuh harga.
Mengapa jatuh harga? Mungkin kerana ianya dilaburkan
dalam portfolio yang sucks. Yang kita nak tanya ialah siapa arahkan dan
luluskan pelaburan RM27 billion ini? Keatas pelaburan apa? Apa nilai pasaran
semasa pelaburan RM27 billion ini? Cakaplah, jangan membisu seribu Bahasa Encik
PM.
Kalau dilunaskan kedalam bentuk wang cecair, berapa kita
dapat? Tak cukup nak cover, jual assets. MP UMNO dalam parlimen jawablah sama-
selalu buat bising mengenai assets dan pelaburan- kalau kita cash out berapa
dapat?
Kalau kita hilang RM27 billion, tentulah kita tidak boleh
dapat balance sheet yang balance. Kita tak boleh close akaun. Adakah akauntan
buat silap mata kepada kita? Adakah akauntan bertauliah telah memalsukan
lapuran akaun tahunan?
Mana2 akauntan boleh memberitahu bahawa kemungkinan
besar, wang RM27 billion itu dalam pelaburan yang tidak boleh cash out sekarang
disebabkan oleh ikatan kontrak dan obligasi kontrak atau yang lebih munasabah,
nilai semasa pelaburan tersebut telah menurun terlalu rendah dan jika kita cash
out, akan mengujudkan lubang yang lagi besar dari empangan Bakun atau Task
kenyir dalam akaun tahunan 1MDB.
Soalan lagi satu ialah mengapakah 1MDB berhutang lebih
dari keperluan? mengapa pinjam RM100 bilion sebagai contoh sedangkan wang yang
diperlukan ialah RM40 billion? Ini soalan yang Najib kena jawab.
Dan mengenai nilai pelaburan yang menurun dan tidak
membenarkan kita cash out, saya rasa siang malam Najib berdoa, dan berbomoh
dari siam, Indon dan India suaya pelaburan RM27 billion itu akan naik. Mungkin
Kenneth Eswaran kena cari bomoh India yang kuat mandrem nya.
Mengenai mengapa pinjaman lebih dari keperluan, ianya
mungkin hanya hendak ujudkan lebihan supaya dapat dikongsi bersama antara
penyamun. Antara penyamun ada prinsip- wa haramun kalau makan sorang, wa
halallun kalau kongsi sama.
Kita sudah letih bercakap halus dan sopan. Cakap halus
pun, rompakan kasar berlaku didepan mata. Saya rasa kita kena tanya apek Cina
Jho Low. Mengapa dia tidak disoal? Kenapa PM melindungi dia?
Saya diberitahu oleh pegawai 1MDB bahawa walaupun Jho Low
bukan director syarikat, penglibatannya dibelakang segala urusniaga 1MDB amat
dominen seolah-olah dia director of operations.
Mungkin kerana dia rasa dia disokong oleh Najib dan
Rosmah sebab itu si apek Cina ini berani buat apa2 termasuk menggunakan nama
Najib untuk kelentong Shahrol Helmi melepaskan pelaburan USD 1 billion dan
kemudian meluluskan bayaran USD700 million kepada Good Star Limited.
Atau Najib telah mendapat nasihat dari geng Mamak di JPM
– yakni si pelesap berbillion wang di bank Negara dan bekas pengarah syarikat
Mun Loong yang terkenal sedikit masa dahulu. Atau Najib mendapat nasihat
professional dari India yang masuk Islam yang telah mencipta pembiayaan kreatif
RM30 billion kepada PPFI yang membuayai membiayai 800 lebih syarikat tapi satu
pun tidak ahli Persatuan kontraktor Melayu Malaysia. Hidup PKMM.
Apa yang boleh Najib lakukan sekarang?
Berdoa supaya nilai pelaburan naik lebih dari RM27
billion. Doa kepada Allah, pakai bomoh siam, Indonesia dan India. Ada bomoh
Vietnam, China dan lain2. Doa juga supaya pelaburan dalam syarikat Gobi Coal
naik. Jika tak tidak, Najib kena nyahkeluar write off RM4 billion kerana
pelaburan di Mongolia. Apa hal dengan Mongolia ini? Apa2 yang bersangkutan
dengan Mongolia hancur lebur nampaknya.
Najib kena jawab dan beritau Malaysia bahawa aliran tunai
dari IPP yang dibeli dengan harga yang tinggi tidak dapat mengatasi faedah dari
hutang sebanyak RM46billion. Ya- RM46 billion sebab ada lebih kurang RM4
billion derivative debts. Dan kita jangan lupa bahawa 1MDB ada berhutang dari
pemiutang sebanyak RM3 billion lagi dengan trade creditors. Ini kena bayar
semua. Jumlah hutang 1MDB sebetulya ialah RM49 billion.
Macam mana nak bayar hutang RM49 billion ini. Bab ini Dr
Mahathir tanya betul- macam mana nak bayar.? Bayar faedah sahaja jika pada 4%
setahun hampir RM2 billion setahun. Rakyat boleh balun Najib kerana mendedahkan
negara ini kepada kemungkinan terpaksa menggunakan duit rakyat untuk membayar
hutang yang sebabkan oleh kebodohan, ketidakacekapan, tamak haloba dan kesemula-jadian
watak crook yang ada dalam diri mereka yang bertanggung jawab keatas 1MDB.
Kita jangan terpedaya dengan Najib dan jangan terpukau
dengan Dr Mahathir. Dr Mahathir tidak memberi kita jalan keluar jika endorse
Muhyidin. Jika Dr Mahathir benar2 mahu menyelamatakan Malaysia dan Melayu
seperti yang dikata di dewan K Club, dia mesti endorse Tengku Razaleigh.
Marilah kita lihat apa sebenarnya 1MDB itu. Ianya satu
lagi skim menghimpun wang dan membalun wang. Ada bau pencurian dan songlap
wang, samun dan pemalsuan yang Najib ingat dia boleh tutup dengan mengapungkan
bisness2 1MDB seperti IPP pada harga IPO yang tinggi.
Dan bila senator Wahid Omar kata- pengapungan 1MDB energy
sangat penting, itu sudah menghantar isyarat yang merunsingkan. Tidak syak
nanti, pelabur cornerstone seperi EPF, Socso, KWAP, PNB bahkan Khazanah akan
ikat tangan dibelakang, untuk mendukung peranan sebagai cornerstone investor .
Dan jangan lupa penyemat tetap- Petronas.
Ini seperti meliwat kita semua sebab entiti2 ini bukan
ada duit pun selain duit rakyat yang mereka telah pinjam daripada kita.
Kerajaan tidak ada duit selain hasil cukai keatas rakyat. Duit yang mereka guna
itu duit rakyat. Kita tahu ada berlaku saukan wang dan cukai dalam bentuk
komisyen keatas hutang RM46 billion dalam bentuk bond dan hutang derivatives
dan belian dari pemiutang.
Ada CBT bila ada orang guna duit 1MDB untuk membiayai
bisness orang lain seperti bisnes Jho Low membeli bank dari bekas KM Sarawak?
Bank Negara Malaysia tidak tahu menahu mengenai perkara ini supaya duit boleh
didobi tanpa membayar cukai.
Mesti ada orang yang telah mengutip komisyen ini- tangkap
semua dari Tan Sri Lodin Wok Kamarudin, Shahrol Helmi, dan CEO2 lain –pakaikan
helmet keatas kepala mereka dan ketuk helmet tersebut selama beberapa jam.
Teknik ini diberitahu saya oleh pegawai polis untuk mendapat confession. Cuba
kita try keatas Lodin dam Shahrol Helmi, Arul Kanda dan Jho Lo atau Sit Li Lin.
Tentu segala rahsia terburai.
Mesti ada pihak yang sudah sapu komisyen dan kemudian
mengarah atau meng-induced orang2 tamak dan haloba yang ada kelayakan tinggi
untuk park duit kita dalam pelaburan yang sangat mencuri-gakan. Mungkin ada
serigala di Wall Street yang juga menikmati wang 1MDB dan mendapat cukup
pulangan untuk beli kondominium yan bernilai RM100 juta.
Padan muka orang Melayu kena tipu oleh puak2 UMNO. Awak
semua duduklah di rumah teres dan rumah kayu sedangkan elit Melayu duduk dalam
kondominium berharga RM100 juta. Apa pengorbanan yang matlaon ini buat sehingga
boleh beli kondominum RM100 juta?
Melayu UMNO duduk rumah kayu,lembu duduk dalam kondo...
Dr. Mahathir benar bila suruh Najib berhenti tapi dia juga mesti mendesak
supaya suatu Suruhan Jaya diRaja untuk selidik samunan wang yang dilakukan oleh
1MDB dan bawa kemuka pengadilan semua yang terlibat. Dari yang atas sampai yang
bawah.
Dato Najib mesti jawab ini semua. Siapa yang membenarkan
si apek Jho Low buat keputusan keatas wang dari 1MDB? Siapa yang membenarkan
pelaburan disastrous ini? Kepala mereka kena guillotine.
Najib akan terus membisu seperti biasa. Jho Low tidak
akan tampil kedepan untuk mengaku. Ketua Odit negara tidak akan menghasilkan
apa2 penemuan dan akan ambil masa yang lama. Seperti kata dr Mahathir, odit
foresnik yang diperlukan bukan pengoditan konvensional.
Kita dah dapat membaca- ketua odit negara dan sahabat
saya dari PAC akan membuat ketetapan bahawa semua procedure di ikuti dengan
penuh dan tidak ada bukti yang menunjukkan salahlaku. Kes tutup tapi kita
hilang duit. Sementara itu perompak dan penyamun semua ketawa berulang alik ke
bank.
Kita mesti sekat 1MDB dari menjual tanah di Tun Razak
Exchange(TRX) dan Tanah di Sungai Besi dengan harga yang tinggi. Tanah2 ini
dijual pada 1MDB dengan harga yang rendah. Apa yang mereka telah lakukan untuk
menaikkan nilai tanah2 ini? Berniaga macam ini, beri pada Mat Tompel di Pekan
pun dia boleh lakukan.Projek TRX 1MDB,bayang pun tak nampak...
1MDB mesti pulangkan tanah2 ini kepada kerajaan pada
harga asal dan biar 1MDB menanggung kerugian operasi RM3-5 billion yang
ditutupi oleh penilaian semula tanah yang asalnya dibeli murah. Megapa tanah
tersebut asalnya tidak dibeli secara tender terbuka? Jika tender terbuka
dilakukan, kerajaan tentu akan mendapat harga yang lebih tinggi. Dan lebihan
antara harga tender tertutup atau tender runding dengan tender terbuka itu
sepetutnya dipulangkan kepada rakyat. Apa yang 1MDB lakukan untuk bolot semua
tambahan nilai?
Kita beri amaran kepada CEO yang lalu dan CEO sekarang-
Arul Kanda- rahsia sudah terbongkar. Seorang CEO yang melindungi salah laku dan
pencurian yang melalui jabatan nya dan tidak melakukan apa2 untuk membetulkan
nya, akan di jel kerana bersubahat. Bukan sahaja di jel- kerana umur mereka
masih muda, kena sebat dengan rotan.
Ini perkara tidak boleh diselesaikan dengan meletak jawatan.
Kamu semua owe a duty yang tidak dihapuskan dengan perletakan jawatan. Kerajaan
baru akan memburu kamu sehingga lubang cacing.
Jangan buat kenyataan bodoh seperti “saya tidak melihat
apa-apa fail” Jangan jadi bloody fools. Kamu semua dispensable. Arul Kanda,
Shahrol Helmi- you are worth nothing kepada orang yang desperate.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan