Tulisan ini telah disiarkan dalam suara keadilan dalam
malaysia kini
pada 24/02/2015
dahulu
MENGGALANG BARISAN BERSATU
Dalam politik tidak ada musuh
abadi. Dalam politik yang wujud hanya kepentingan abadi. Perjuangan adalah
pertempuran untuk mencapai dan mengkotakan cita-cita abadi. Dalam perjuangan :
Musuh kepada musuh kita adalah kawan kita. Permusuhan TIDAK berterusan.
Setiakawan hanya dalam kancah perjuangan.
Jika terlupa falsafah ini ; jika tidak menggunakan strateji berasaskan falsafah ini maka perjuangan akan gagal. Perjuangan yang gagal adalah perjuangan yang tidak sampai kepada apa yang dicita. Kegagalan membawa malapetaka yang hebat.
Jika terlupa falsafah ini ; jika tidak menggunakan strateji berasaskan falsafah ini maka perjuangan akan gagal. Perjuangan yang gagal adalah perjuangan yang tidak sampai kepada apa yang dicita. Kegagalan membawa malapetaka yang hebat.
Saksi dan rasakan : malapetaka yang telah menimpa negara kita
ini semenjak penjajah British mengundurkan diri pada tahun 1957. Malapetaka ini
kita rasakan hingga ke saat ini. Malapetaka ini lahir akibat dari kegagalan
Kaum Kiri, Kaum Nasionalis, Kaum Progresif dan Kaum Agamawan untuk menggalang
perserikatan Barisan Bersatu/United Front yang luas untuk mendobrak musuh yang
sama.
Sebagai contoh : mari kita lihat
sejarah Kota Melaka – kota metropolis dan kota ekonomi kurun ke 13 – satelah
ianya jatuh ke tangan penjajah. Sejarah merakamkan tentang percubaan dari
Acheh, dari Johor , dari Majapahit untuk melawan Portugis dan Belanda.
Kita juga membaca fakta sejarah
bagaimana Acheh menyerang Belanda. Kita membaca bagimana Raja dan rakyat Johor
berjuang menyerang Belanda untuk menawan Melaka. Tetapi kedua-dua Kerajaan
Melayu ini tidak menggalang Barisan Bersatu. Malah dua negera Melayu ini
beramok dan beperang sesama sendiri. Hasilnya Belanda TIDAK tewas.
Apa itu Barisan Besatu atau United
Front?
Untuk memahami teori ini mari kita
melihat sejarah dunia moden. Kita akan bertemu dengan teori dan bagimana teori
politik ini diguna pakai dalam kancah perjuangan.
Apa itu perang? Perang ialah
penerusan perbalahan yang tidak dapat diselesaikan di meja rundingan. Perang
ialah perebutan punca punca ekonomi. Politik ialah manifestasi perebutan
punca-punca ekonomi.
Justeru, Perang Dunia Kedua ialah
Perang Kuasa Penjajah yang berbalah merebut tanah-tanah jajahan di Asia, Afrika
dan Amerika Latin. Merebut tanah jajahan untuk mendapatkan hasil bumi. Untuk
membajak telaga minyak, lombong bijeh, kayu kayan, rempah rampai, lombong emas
dan intan berlian. Inilah yang direbutkan oleh kuam imperialis. Perang Dunia
Kedua ialah Perang Kuasa Imperialis.
Pada tahun 1939 – Dunia dipecah
dua blok. Blok yang dipimpin oleh kuasa imperial British dan blok Fasis. Blok Fasis di Eropah
diwakili oleh German dan Itali. Di Asia diwakili oleh Jepun. Blok fasis ini
dianggap musuh kerana negara-negara ini tidak mahu tunduk dibawah telunjuk
Britain. Great Britain pada ketika itu adalah negara imperialis terbesar dan
memiliki bala tentera terkuat.
Dimana munculnya teori Barisan Bersatu?
Sebelum pecah perang Kaum Komunis, Sosialis, Agamawan dan Kaum Progresif telah
berbicang akan cara untuk menghadapi perang yang akan pecah. Great Britain
adalah kepala imperialis yang tidak jauh bezanya dari perangai Nazi German ,
Itali dan Jepun. Kesemuanya mengamalkan sistem kapitalis.
Pada ketika itu satu jalur
pemikiran muncul. Satu strateji politik lahir untuk berhadapan dengan
malapetaka perang dunia. Jalan terbaik untuk menyelamatkan umat manusia dari
kehancuran dan langkah untuk memukul tamat bencana perang. Kaum Kiri telah
sepakat mendirikan Barisan Bersatu/United Front menentang kaum Fasis.
Kita melihat musuh ketat –
Churchil, Stalin dan Roosevelt duduk sameja membicang cara terbaik untuk
melawan Hitler. Musuh kepada musuh adalah sahabat. Ini dinamakan United Front.
Ini bererti bekerjasama dengan kuasa imperialis.
Justeru kita melihat Gerila
Komunis dan Nasionalis yang anti-Nazi di Peranchis, di Greek, di Itali – yang
bergerak dibawah tanah bekerja sama dengan tentera British dan soldadu Amerika.
Tentera British adalah musuh lama mereka. Tetapi dalam strateji menggalang
Barisan Bersatu musuh lama ini menjadi kawan baru.
Kita juga melihat stratiji politik
yang sama telah dijalankan di negara China. Parti Komunis China yang dipimpin
oleh Mao Zedong adalah musuh ketat Parti Koumintang yang dipimpin oleh Chiang
Kai-shek. Dua parti ini membawa dua jalur pemikiran – kiri dan kanan.
Koumintang dan Parti Komunis China
berperang merebut wilayah untuk mendirikan China baru yang merdeka. Perang ini
adalah perang saudara. Tetapi apabila Fasis Jepun melanggar China pada tahun
1936 Mao Zedong dan Chiang Kai-shek menjadi kawan. Kedua musuh ini bersatu
untuk mendirikan United Front melawan Fasis Jepun.
Bayangkan Mao Zedong melupakan
semua jenayah Koumintang yang ganas lagi zalim. Malah isteri Mao sendiri telah
dibunuh oleh soldadu Ching Kai-sheik pada tahun 1930. Semua dilupakan untuk
menuju ke Barisan Bersatu.
Pekara yang sama – saperti di
Eropah - telah berlaku di Tanah Melayu. Sebelum Pecah Perang Dunia Kedua –
musuh utama rakyat Malaya ialah penjajah dari Eropah - Portugis, Belanda dan
British. Sebelum 1939 kita membaca buku sejarah yang memperlihatkan bagaimana
kuasa kolonial British merampok dan menjarah harta kekayaan Tanah Melayu. Warga
di tanah jajahan menjadi hamba yang bekerja untuk Baginda Queen.
Ketika British menjajah kita
melihat gerakan anti-British dari Kaum Kiri, Kaum Agamawan dan Kaum Nasionalis.
Mereka berpolitik bangun berjuang menentang British.
Tetapai apabila Perang Dunia Kedua
Pecah muncul Barisan Besatu dalam bentuk kerjasama antara Pasukan Rakyat Malaya
Anti Jepun dengan kuasa kolonial British. Malah kuasa kolonial British telah
menghantar senjata untuk para pejuang anti-Jepun. Gerakan anti-fasis Jepun ini
dipimpian oleh Parti Komunis Malaya (PKM). PKM ini adalah musuh ketat penjajah British. Musuh utama
PKM ialah penjajah British tetapi dalam usaha melawan fasis Jepun musuh lama
boleh berkerjasama. Ini dinamakan United Front/Barisan Bersatu.
Kenapa saya menyingkap babak-babak
sejarah ini? Apa sangkut pautnya dengan politik Malaysia hari ini? Apa kaitan
apa yang saya tulis ini sedangkan Anwar Ibrahim dalam penjara.
Waspada! Semua ini menjurus kepada
pembebasan Anwar Ibrahim. Sebelum dirungkai mendalam - wajib difahami – siapa
musuh utama dan siapa musuh sampingan. Dalam teori politik - apa dia
kontradiksi utama dan apa dia kontradiksi sampingan. Memahami siapa musuh utama
amat-amat penting dalam menggalang Barisan Bersatu.
Ketika Anwar dipenjara musuh utama
kita ialah Najib dan Rosmah. Dua sosok ini sedang membawa porak peranda kepada
tanah air kita. Najib dan Rosmah sedang memusnahkan ekonomi negara. Selain dari
sosok Najib dan Rosmah adalah musuh sampingan yang kecil. Justeru semua senjata,
semua tenaga dan semua gerak kerja ialah untuk menumbangkan Najib dan Rosmah.
Justeru - ada berita melaporkan
telah 'berlaku' pertemuan Menteri Besar Selangor Azmin Ali dengan Mahathir
Muhamad di London. Jika ianya telah terjadi maka ini bermakna telah ada langkah
untuk menggalang Barisan Bersatu untuk menjatuhkan Najib dan Rosmah. Ini satu
langkah politik yang tepat.
Sama ada berita ini saheh atau
hanya khabar angin ianya TIDAK penting. Apa yang penting ialah berita
ini adalah contoh garis politik yang dinamakan menggalang Barisan Bersatu atau
United Front.
Seramai 52% warga Malaysia mahu
Najib dan Rosmah undur. Ini tuntutan majoriti. Pakatan Rakyat mahu kuasa
politik Najib dan Rosmah di hapuskan, Parti Keadilan Rakyat mahu mengulingkan
Najib dan Rosmah. Anak Muda Malaysia mahu Najib dan Rosmah di tangkap. Mahathir
Muhamad mahu menjatuhkan Najib dari menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sanusi
Joned, bersama Daim Zainuddin bersama Kadir Jasin mahu menggulingkan Najib dan
Rosmah.
Jelas kita semua memiliki
kepentingan bersama untuk menggulingkan Najib dan Rosmah. Kontradiksi induk
ialah Najib dan Rosmah. Musuh utama yang mengikat kita berkerja sama dengan
Mahathir Muhamad ialah Najib dan Rosmah. Ini adalah kepentingan politik
bersama.
Maka jika Azmin Ali ingin
mendirikan Barisan Bersatu dengan Mahathir Muhamad maka ianya wajib mendapat
sokongan politik dari 52% warga Malaysia. Sokongan diberikan kerana inilah garis politik yang tepat.
Mahathir mahu Najib dijatuhkan
agar United Malays National Organisation dapat diselamatkan. Kita mahu Najib
dan Rosmah digulingan kerana kita mewakili 52% yang menjadi majoriti yang
berhak mentadbir Malaysia. Kemenangan dalam PRU13 telah ditipu dan dicuri dari
52% rakyat Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia tahu
Najib dan Rosmah terlibat dalam kes bunuh Altantuya. Majoriti rakyat Malaysia
tahu Anwar Ibrahim dipenjara kerana konspirasi dan rancangan Najib dan Rosmah.
Justeru dua sosok ini adalah musuh
rakyat Malaysia. Pelbagai jalur politik rakyat Malaysia sedang melihat Najib
dan Rosmah sebagai satu musuh utama. Ini sama saperti Stalin, Churchill dan
Roosevelt melihat Hitler. Ini samalah saperti Mao dan Chiang Kai-sheik melihat
Emperor Jepun. Ini samalah saperti Rashid Maidin dan Chin Peng bersama Baginda
Queen melihat General Yamashita.
Lebai Desas bin Haji Desus telah
berkata bahawa Mahathir Muhamad mahu Najib dan Rosmah diundurkan dalam bulan
March ini. Ini adalah berita baik. Mengikut Lebai Desas banyak persiapan telah
diatur. Malah Si Sirul pembunuh yang diupah untuk membunuh Altantuya itu juga
'dibaca' sebagai satu perancangan untuk menjerut leher Najib.
Amat jelas dalam strateji politik
hanya dengan mendirikan Barisan Bersatu berkemungkinan dapat dijatuhkan beban
berat yang sedang menimpa 28 juta warga Malaysia. Hanya dengan Barisan Bersatu
Najib dan Rosmah dapat digulingkan. Hanya dengan bekerja sama dengan semua
pihak wujud kemungkinan Malaysia ini dapat letakkan kembali keatas jalan yang
betul.
Menggalang Barisan Bersatu
bertujuan untuk menamatkan malapetaka yang sedang kita hadapi. Penggalangan ini
juga akan memastikan Anwar Ibrahim bebas dari penjara. (TT)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan