Sabtu, 6 Disember 2014


MAS Gagal Kerana Orang Malaysia Bodoh?.. Mahathir Sindir Siapa Ni?


Sebenarnya ayat Tun Mahathir ni “Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.” ditujukan kepada siapa?

Nampak umum sangat ayatnya itu, beliau seolah-oah mengatakan selain macai yang memang dianggapnya bodoh selama ini seluruh rakyat Malaysia termasuk dia dan anak-anaknya adalah bodoh.. takkanlah dia nak anggap dirinya sendiri bodoh?

Tapi kalau kita lihat 'track record' Mat Salleh yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd rasanya macam Tun menyindir pihak tertentu saja..

Banyak laporan-laporan yang negatif sebenarnya tentang operasi penerbangan Aer Lingus Plc, ketika diterajui oleh Christoph R Mueller itu..

Salah satu laporan ialah seperti di bawah..

 Dan juga yang ini..

Nampak macam Tun Mahathir menyindir pihak tertentu saja.. sebab kalau yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd 'track record' nya bagus.. tak ada hal.. tapi macam tu punya record.. alahai...

Kemana MAS hendak di bawa agaknya?

'MAS gagal kerana orang M'sia bodoh'

“Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.”

Kata-kata itu diucapkan oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika mengulas mengenai pelantikan seorang tokoh korporat Jerman sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd (MAS NewCo).

“Kebodohan” itu juga merupakan faktor penyumbang kepada kerugian yang dihadapi MAS, kata Mahathir dalam satu sidang media hari ini.

"Sekarang, mereka yang bertanggungjawab atas kerugian itu cuba membetulkan keadaan,” katanya.

Khazanah Nasional pada Ogos lalu mengumumkan rancangan melibatkan dana RM6 bilion untuk menyelamatkan MAS bagi membolehkan syarikat tersebut kembali merekodkan keuntungan dalam tempoh tiga tahun atau menjelanga 2017.

Ia melibatkan rancangan bagi penyenaraian semula MAS apabila ia kembali merekodkan keuntungan, dalam tempoh lima tahun selepas dinyahsenarai.

Prestasi kewangan syarikat MAS yang merosot sejak beberapa tahun lalu bertambah teruk selepas tragedi kehilangan pesawat MH370 dan juga kes MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.

Para pengkritik mendakwa pelaburan Khazanah dalam MAS sebagai satu usaha penyelamatan kerajaan.

CEO syarikat penerbangan Aer Lingus Plc, Christoph R Mueller bakal menyertai MAS NewCo sebagai ketua pegawai eksekutif selepas 28 Februari lapor Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan