Khamis, 25 Disember 2014

PLURALISMA TERUS BERKEMBANG

KOMENTAR
apabila kita sambut tahun baru
apabila kita sambut 2015
inilah bukti PLURALISMA
inilah bukti kepelbagaian
warga islam merayakan tahun baru
warga islam bersama warga seluruh dunia
bersama menyambut kesampaian 2015

warga islam  BERSELAWAT
warga islam berdoa
untuk kesampaian 2015
inilah buktikan PLURALISMA

PLURALISMA ialah menerima
pelbagai budaya
pelbagai agama
sebagai tamadun umat manusia

NOTA
plural itu
maknanya lebih dari SATU

  1. Gregorian calendar - Wikipedia, the free encyclopedia

    en.wikipedia.org/wiki/Gregorian_calendar
    The Gregorian calendar, also called the Western calendar and the Christian calendar, is internationally the most widely used civil calendar. It is named for Pope Gregory XIII, who introduced it in 1582.
  2. Program selawat sambut tahun baru 2015

Majlis itu anjuran Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), TV Alhijrah dan Pertubuhan Kebajikan dan Rekreasi Richworks Group Sdn Bhd (Richwell).
Ia bakal menampilkan pendakwah popular Indonesia, Habib Syech Abdul Qodir As Seggaf dan Habib Ali Zaenal Abidin dan dijangka menarik kehadiran lebih 100,000 umat Islam terutama golongan muda.
Program tersebut dijadualkan berakhir kira-kira jam 11.45 malam bagi membolehkan orang ramai menanti detik 12 tengah malam bagi menyertai bacaan doa sempena tahun baru
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lebih-baik-guna-duit-program-selawat-bantu-mangsa-banjir-kata-saifuddin#sthash.Ov5b7o8B.dpuf

Khamis, 18 Disember 2014



Bukan Azmin untuk khianati Anwar

Pendirian dan sikap yang diambil MB Selangor Mohamed Azmin Ali (Minali) melihat peranan Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi dan sumbangan yang dimainkan khasnya dalam menggerakkan politik Pakatan Rakyat sebagai relevan adalah tepat dan satu pandangan ikhlas yang terbit dari dhamir seorang bertanda tokoh.

Minali jelas tidak berpandangan sempit seperti sesetengah orang yang melihat Anwar sudah lapok dan usang serta tidak berkemampuan untuk mengayuh politik di negara ini. Pendirian Manili itu juga menyerlahkan akan kesetiaan beliau dalam berkolobrasi politik sejak zaman remaja hingga ke hari ini bersama bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu.

Rabu, 10 Disember 2014



BETUL KE BERITA INI?

 

Malaysia panggil duta AS berhubung komen Akta Hasutan, kata Anifah


 Wisma Putra memanggil Duta Amerika Syarikat di Malaysia Joseph Y Yun hari ini untuk menjelaskan pendirian negaranya terhadap keputusan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan 1948. Menteri Luar  Anifah Aman berkata Kuala Lumpur kesal duta AS itu memilih…

KAH KAH KAH
Woit !!!..
ingatkan  malaysia
dah terer..
ingatkan malaysia 
dah hebat..
berani panggil duta
datang mengadap..

dalam bahasa diplomatik
duta amerika 
dah kurang ajar

rupa rupanya hanya
nak terangkan
apa itu akta hasutan..

kah kah kah 
kalau nak terangkan
suruh pak  duta ini
beli utusan....

APA PUNYA CABAI
By TT





Baguslah berambus?..    Ini jawapan Ali kepada Khairy..


Kalaulah ditakdirkan Khairy Jamaluddin ni berjaya mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri pada usia 40 tahun, lebih kurang sajalah cara dia dengan Najib nampaknya..

Umum tahu, Najib datangnya dari keluarga bangsawan, tak tahu apa erti susah hidup sebagai rakyat marhaen, naik dalam politikpun kerana bapanya bernama Tun Razak bukan kerana kekuatannya sendiri..

Khairy juga hampir sama dengan perjalanan hidup Najib itu, datang dari keluarga berada.. meningkat naik dalam politik juga kerana nama bapa .. tapi dalam hal Khairy ni bapa mertuanya bernama Abdullah Badawi..
Jadi dia pun mungkin tak pernah merasa susah-payah dan peritnya menjalani kehidupan sebagai rakyat marhaen ini..

Akupun hanya tahu mengenai hidup Khairy tu setelah membaca di Facebook Ali Abdul Jalil..

Ali menulis sebagai jawapan kepada Khairy yang menghalaunya setelah beliau terus terus mengkritik keras kerajaan dan sistem monarki selepas passportnya dibatalkan.

Kata Khairy..“Baguslah berambus. Jangan pulang lagi.”

Menjawab apa yang dinyatakan Khairy itu, Ali melalui akaun Facebooknya mempersoalkan siapa lebih anak Malaysia antara dirinya dan Alvin Tan dengan Khairy.

“Kepada wartawan atau rakyat Malaysia, cuba tanya komen Khairy Jamaludin antara kami dan dia, siapa lebih Anak Malaysia? Apa komen Khairy Jamaludin?

“Khairy Jamaludin dilahirkan di Kuwait, hidup di luar negara 20 tahun. Dia balik Malaysia pegang jawatan besar, kaya raya dan sekarang dia berada di Malaysia baru berbelas tahun sahaja. Khairy Jamaludin tidak sampai dua tahun jadi menteri. Dia siapa nak suruh saya jangan balik Malaysia?

“Padahal saya dan Alvin Tan lahir di Malaysia, kami membesar di Malaysia. Kami pernah dipenjarakan, diugut, dimaki fitnah dan macam macam lagi. Kami dilayan lebih teruk daripada pendatang haram. Kami baru beberapa bulan keluar negara, tapi pasport kami dibatalkan sedangkan kami tak pernah ada rekod jenayah,” katanya.

Hmm.. siapa lebih Anak Malaysia?

-anak sungai derhaka

Selasa, 9 Disember 2014



SEJAUH  MANAKAH KITA SETIA DENGAN KEBENARAN?

Hari itu, semua yang hadir bersedih. Ahli keluarga mereka telah meninggal dunia dan menunggu untuk dikebumikan. Tiba-tiba, penutup keranda ditolak dan ‘si mati’ bangun keluar daripadanya. “Apa yang kamu cuba lakukan ini? Aku belum mati!” kata ‘si mati’ berkenaan. Semua yang berada di dalam majlis itu tergamam. Sepi. Terkejut. Tidak lama, salah seorang yang hadir itu berkata, “Sahabat, sesungguhnya Imam dan Doktor sudah pun mengesahkan bahawa engkau mati. Maka engkau adalah si mati yang telah mati!” Lalu ‘si mati’ itu dikebumikan. Hidup-hidup!

KECELARUAN KOGNITIF DALAM BERAGAMA
Hari ini, keberagamaan kita sangat rencam. Andai kerencaman itu dipandang dalam rangka realiti yang lebih besar, kita melihat arus bertentangan yang lebih membimbangkan. Mereka yang mencabar agama, mencabar agama dengan soalan-soalan mereka yang sangat materialistik. Manakala yang membela agama, membela agama dengan jawapan-jawapan mereka yang sangat mistik. 

Golongan pertama, 
mahu mengulang kembali soalan Bani Israel kepada Musa ‘alayhi al-Salam bahawa

 “kami tidak akan sekali-kali beriman kepada (seruan)mu sehinggalah kami dapat melihat Allah secara nyata (petikan surah al-Baqarah ayat 55). 

Sabtu, 6 Disember 2014


MAS Gagal Kerana Orang Malaysia Bodoh?.. Mahathir Sindir Siapa Ni?


Sebenarnya ayat Tun Mahathir ni “Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.” ditujukan kepada siapa?

Nampak umum sangat ayatnya itu, beliau seolah-oah mengatakan selain macai yang memang dianggapnya bodoh selama ini seluruh rakyat Malaysia termasuk dia dan anak-anaknya adalah bodoh.. takkanlah dia nak anggap dirinya sendiri bodoh?

Tapi kalau kita lihat 'track record' Mat Salleh yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd rasanya macam Tun menyindir pihak tertentu saja..

Banyak laporan-laporan yang negatif sebenarnya tentang operasi penerbangan Aer Lingus Plc, ketika diterajui oleh Christoph R Mueller itu..

Salah satu laporan ialah seperti di bawah..

 Dan juga yang ini..

Nampak macam Tun Mahathir menyindir pihak tertentu saja.. sebab kalau yang dilantik sebagai ketua pegawai eksekutif baru Malaysia Airlines Bhd 'track record' nya bagus.. tak ada hal.. tapi macam tu punya record.. alahai...

Kemana MAS hendak di bawa agaknya?

'MAS gagal kerana orang M'sia bodoh'

“Orang Malaysia bodoh. Mereka tidak tahu urus (syarikat) penerbangan.”

Selasa, 2 Disember 2014


TER KINI TER HOTT TER NOWW




EKONOMI  

DUNIA

MERUNDUM
bersedia dan berjaga-jaga
nilai ringgit terus merosot
berbanding dengan dolar
harga bahan bakar minyak
semakin menurun
ekonomi kapitalis semakin goncang

kenapa ini berlaku?