Sabtu, 10 Oktober 2015



TPPA GADAI NEGARA

 
BERITA PELIK TETAPI BENAR
Ada kumpulan, ada parti politik, ada individu yang menyokong
perjanjian TPPA kerana perjanjian ini akan melupuskan hak istemewa Melayu, memansuhkan melupuskan dan memadamkan
kedaulatan negara ini kedaulatan Raja Rraja Melayu.
Untuk orang- orang ini mereka mahu lantai  perebutan yang sama,
tidak mahu ada yang lebih walaupun  hakikatnya
Melayu masih corot,  Melayu masih tertinggal.

APA YANG PELIK
Ialah sikap United Malays National Organization parti  ketuanan Melayu
yang enggan menerangkan TPPA pada orang Melayu, enggan dengan jujur beri penerangan tentang TPPA, tidak mahu berterus terang tentang apa itu TPPA.
Kalau ini sikap DAP kalau ini sikap MCA  kalau dap pro TPPA
kalau mca pro TPPA orang ramai akan faham tapi ini sikap UMNO sikap sebuah parti politik Melayu,parti politik yang mendabik dada berjuang untuk ketuanan  Melayu.

BILA TPPA DITANDA TANGAN
Orang Melayu tidak diberi tahu bahawa tanah Melayu akan dijual.
Dengan perjanjian TPPA kita bertuankan  kaum pemodal   dunia,
kita bertuankan kaum kapitalis international, kita bertuankan kaum zionis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan