BAJET PANCET - AYAM PENYEK
BAJET 2016:
KERAJAAN KUTIP GST RM19 SEHARI SETIAP KELUARGA BERBANDING KENAIKAN BR1M 14 SEN
SEHARI
JK Ekonomi Pakatan Harapan telah meneliti secara keseluruhan
Bajet 2016 yang dibentangkan oleh Najib Razak pada 23 Oktober 2015 yang lalu.
Sementara pimpinan Pakatan Harapan dan ahli-ahli parlimen Pakatan Harapan akan terus
memberi maklumbalas mengenai bajet ini, JK Ekonomi Pakatan Harapan yang
bertanggungjawab merangka Belanjawan Alternatif Pakatan Harapan menyifatkan
Bajet 2016 ini adalah yang paling teruk pernah dibentangkan oleh Najib
Razak.
Kepincangan paling utama Bajet 2016 ini ialah apabila beban
membayar hasil kepada kerajaan telah dialihkan kepada rakyat kebiasaan.
Keborosan kerajaan Barisan Nasional mula menjadi-jadi sejak
harga minyak mentah naik mendadak sekitar tahun 2005. Peningkatan tersebut
menaikkan hasil kerajaan melalui kutipan-kutipan cukai syarikat minyak, cukai
petroleum, royalti minyak, cukai tidak langsung ke atas hasil petroleum dan
dividen dari PETRONAS. Oleh itu, sejak tahun 2005 wujud pergantungan kepada
industry minyak dan gas di negara ini untuk menampung perbelanjaan kerajaan.
Dengan kejatuhan harga minyak mentah, tiba-tiba hasil yang
lumayan itu turun mendadak. Kerajaan sendiri menjangkakan bahawa hasil dari
sumber petroleum menurun sekitar RM30 bilion dalam tahun 2015 dan telah ditampung
oleh kutipan GST. Malangnya, operasi dan kos menguruskan kerajaan telah
terbiasa dengan sumber hasil dari petroleum hingga menyebabkan pembaziran dan
ketirisan sukar dibendung.
Dalam Bajet 2016, pentadbiran Najib Razak mengalihkan beban
membayar hasil ini daripada syarikat-syarikat gergasi minyak kepada rakyat
kebiasaan. Lompong hasil sebanyak RM30 bilion ini dijangka akan terus ditampung
oleh rakyat kebiasaan yang akan membayar cukai yang lebih tinggi seperti
berikut:
Cukai Dibayar Rakyat
|
Kutipan 2015 (RM Bilion)
|
Kutipan 2016 (RM Bilion)
|
Peningkatan
(RM Bilion/%)
|
GST (dan Cukai Jualan & Cukai
Perkhidmatan)
|
34.5
|
39.0
|
4.5 (13%)
|
Duti eksais (kereta, rokok dan
lain-lain)
|
12.2
|
12.4
|
0.2 (2%)
|
Cukai individu
|
28.1
|
30.3
|
2.2 (8%)
|
Cukai syarikat
|
68.3
|
74.4
|
6.1 (9%)
|
Jumlah pertambahan kutipan
|
156 Bilion
|
13 Bilion
|
Ini bermakna, rakyat Malaysia akan membayar sebanyak RM13 bilion
cukai tambahan dalam tahun 2016. Jika ini diaggregatkan mengikut isirumah
(dengan anggaran 1 keluarga pada puratanya mempunyai 5 orang ahli, bersamaan 6
juta isirumah), setiap keluarga Malaysia pada puratanya membayar cukai
sebanyak RM27,857 setahun kepada kerajaan dalam bentuk-bentuk seperti di atas.
Peralihan beban cukai kepada rakyat ini lebih ketara apabila
analisa kutipan GST setiap isirumah dibandingkan dengan pengumuman kenaikan
BR1M sebanyak RM50.
Sementara kerajaan akan mengutip GST pada puratanya RM19 sehari
dari setiap keluarga di negara ini dalam tahun 2016, jumlah kenaikan BR1M
sebenarnya hanya 14 sen sehari.
JK Ekonomi Pakatan Harapan akan terus memberikan analisa
perbandingan sebegini setiap hari sepanjang minggu ini. Kupasan pada hari-hari
berikutnya bakal menyentuh soal tata kelola ekonomi (governance) dan
pemotongan subsidi yang akan menyebabkan kenaikan harga barang mendadak dalam
tahun 2016.
Analisa-analisa ini akan dibentangkan dengan lebih panjang lebar
di dalam forum belanjawan Pakatan Harapan yang bertajuk “Bajet 2016:
Mencetus Atau Mengurus Krisis” pada malam ini (Isnin, 26 Oktober 2015)
jam 830 malam di Dewan Himpunan Cina KL Selangor.
RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN
WONG CHEN, AHLI PARLIMEN KELANA JAYA
KHALID SAMAD, AHLI PARLIMEN SHAH ALAM
LIEW CHIN TONG, AHLI PARLIMEN KLUANG
Bagi pihak
JK EKONOMI PAKATAN HARAPAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan