Rabu, 11 Februari 2015



KELOHAN PEMBUAT MEE

 
AKU PEMBUAT  MEE

Aku seorang pengusaha mi kuning basah bumiputera melayu islam! Bahan utama buat mi kuning ialah tepung gandum. Sebenarnya sekilo tepung boleh menghasilkan 2 kg mi!
Tepung dicampur air dan bahan lain lalu diiuli menggunakan mesin mixer yang menggunakan tenaga elektrik 750 wat. Selepas itu adunan tepung itu dicanai dan dijalurkan menggunakan mesin yang menggunakan tenaga elektrik 1500 wat.

 Selepas itu mi dicelur dalam air panas yang dimasak menggunakan dapur gas. Kemudian mi digaul dengan minyak masak/sayur sebelum dibungkus. 

Persoalannya macam mana cara aku nak turunkan harga mi kuning aku tuu?

Sedangkan tarif air dan elektrik tak turun! Harga tepung, minyak masak dan gas juga tak turun! 

Yang turun hanya minyak petrol ..

 Tapi aku tak guna minyak petrol sebagai bahan buat mi!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan