Rabu, 4 Februari 2015



Kazim tak nampak kepincangan bangsanya sendiri...tapi menonjolkan keburokan bangsa lain

 Kelmarin, Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan, Pui Tiong Lam membuat laporan polis di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat dengan mendakwa rakaman video ceramah Ustaz Kazim yang berdurasi 2 minit 27 saat itu seolah-olah mahu mengaibkan kaum Cina.
Semalam, Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim membuat laporan di Balai Polis Manjoi di Ipoh. Baca di sini Berikut adalah antara transkrip ceramah Kazim Elias yang menjadi isu ‘panas’.
“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.
Wahai Kazim tolonglah buka mata dan minda kamu, orang Melayu bukan sahaja tak pandai minum arak, tapi dah maju jadi taukey arak pun ada. Bangsa mana yang ramai terlibat dengan dadah dan hiburan? Ko tak tengok pesta K-Pop , Sure Heboh, Kelab Malam Awi (search) dan lain-lain? Ko tak tengok pengisian rancangan realiti hiburan tevee kita yang sarat dipenuhi dengan nyanyian pelbagai peringkat dari Bintang Kecil sampai ke bintang Malap Warga Emas! Semuanya penuh dengan warga Melayu.
“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.

Wahai Kazim, apakah kamu anggap orang Cina di negara ini bukan rakyat negara dan tidak ada hak-hak kerakyatan sebagaimana yang diperuntukan dalam perlembagaan negara ini? Kalau dah jadi askar atau polis laut, tentulah itu adalah antara tugasan mereka.....alahai Kazim....ketahuilah, kerajaan ada quota untuk kaum bagi jawatan keselamatan.Itu adalah dasar kerajaan, kamu nak salahkan Cina dan Hindu apa halnya kamu nih?
Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis? “Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia?  Bukan orang Melayu?
Wahai Kazim, kerja merompak ni bukan org Cina sahaja buat. India pun ada. Melayu pun ada, malah Geng Mamak pun ada :Penjenayah 1Malaysia. Jangan kamu ingat org Melayu tak pandai rompak dan pecah rumah. Peragut beg tangan wanita majoritinya adalah Melayu dan mangsanya juga adalah majoritinya Melayu! Sudahkah kamu buat bancian kaum mana yang paling ramai jadi pengunjung Tesco dan Giant? Taim Raya Cina, ramailah org Cina, taim Raya Melayu, ramailah orang Melayu.....Ini bukan soal berbelanja kerana mewah , tetapi semua orang berbelanja kerana keperluan untuk hidup.
Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita? “Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?
Ada tak anak orang Cina merempit macam anak Melayu? Gelagat samseng 'Ketuanan Melayu' di jalan raya macam itukah yg kamu mahukan? Siapa nak kerja Bomba, kerjalah. Siapa nak kerja cuci jamban atau cucu sampah, kerjalah.Itu semua sumber rezeki yg halal. Apakah pekerjaan itu semuanya hina? Kalau Allah tidak jadikan kamu petah bercakap, apalah agaknya pekerjaan kamu dengan kelayakan pelajaran yg tak seberapa ada pada kamu wahai Kazim?
“ Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?
 Kamu ingat depa Cina tu Warga Kelas ke-Dua? Hotak kamulah Kazim! Mereka ada hak bercakap sebagaimana diperuntukan dalam perlembagaan negara. Mereka bukan curi atau merampas tanah org Melayu.Orang Melayu jual tanah kepada mereka. Cina luar macam Jackie Chan pun boleh dapat pangkat Datuk macam kamu baru-baru ini, siapa kasi? Kenapa kamu tak protes dengan menolak anugerah pangkat Datuk itu? Bukan main kamu berselfie pula dengan Cina tu! Sengal betullah kamu Kazim!
“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….
” Kesian si Kazim nih! Bukan di Masjid Sultan sahajalah yg dibenarkan wahai Kazim. Masjid-masjid di tgh bandar, tiada masalah utk speaker di pasang keluar, cuma di kawasan perumahan ada keterbatasan, bukan utk masjid sahaja , tapi juga utk kuil dan gereja. Singapura adalah negara sekular, tiada agama rasmi. Perlu adil pd semua penganut. Lebih-lebih lagi Muslim hanya hampir 15% shj dr jumlah penduduk.

zim zim ala kazim...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan