WASIAT
TGNA TENTANG TAHLIL - PENDIRIAN DAN HUJJAH WARGA PRIHATIN
WASIAT
TGNA ini telah membuka satu lembaran pengkajian berkaitan budaya tahlil yang
selama ini berlaku dalam budaya masyarakat kita. Hasrat beliau disampaikan
sendiri oleh anaknya. Ia mengambil uswah daripada Rasulullah SAW yang tidak
pernah mengadakan majlis tahlil di zaman baginda.
Di
samping itu, isu ini timbul atas budaya dan habit masyarakat yang terlalu
taksub dan memuja tokoh agamawan sehingga melampaui batas.
Kami
lihat ada hikmah yang sangat besar daripada asbab wasiat TGNA ini. Ia
mencetuskan PENGGALIAN ILMU oleh kita yang masih hidup supaya mengkaji semula
budaya tahlil arwah yang telah menjadi ikutan dari zaman nenek moyang kita
hingga sekarang. Sampai satu tahap keengganan mengadakan kenduri tahlil pada
malam-malam selepas pengebumian jenazah akan dianggap amat pelik.
Namun
mutakhir ini, maklumat di hujung jari. Interaksi masyarakat kita dengan
ulama-ulama antarabangsa, juga adanya pelajar-pelajar jurusan agama ke serata
dunia, maka idea mengadakan kenduri tahlil telah disambut dengan pelbagai
reaksi. Ada yang masih kuat berpegang dengan ritual itu. Ada yang menentang
sekeras-kerasnya. Ada juga yang bersikap pertengahan; jika dijemput mereka
raikan, jika tiada juga tidak jadi isu. Setiap kelompok ini ada dalilnya
masing-masing.
DEFINISI & ATURCARA RITUAL TAHLIL
ARWAH
Sebelum
kita pergi jauh, kita perlu jelaskan dahulu istilah yang digunakan. Apakah
makna dari segi bahasa dan juga persepsi masyarakat secara adat tentang TAHLIL
ARWAH.
Secara
bahasa TAHLIL berakar dari kata HALLALA (هَلَّلَ), YUHALLILU ( يُهَلِّلُ
) TAHLILAN ( تَهْلِيْلاً ) yang membawa banyak maksud. Makna yang paling hampir ialah
penyembahan, penegasan, kesimpulan dan penafian. Ini diterjemahkan oleh lafaz
NAFI ISBAT kita melalui bacaan kalimah “LA ILAHA ILLALLAH”. Di situlah kita
MENAFIKAN adanya ILAH selain ALLAH dan men'SABIT'kan akidah kita denganNya.
Secara
kaifiah (kaedah) amalan TAHLIL ARWAH ini difahami oleh masyarakat sebagai satu
tradisi membaca ayat-ayat tertentu dari Al-Quran, diikuti dengan zikir berupa
istighfar, selawat, tasbih, tahmid, takbir dan tahlil (kalimah tauhid). Ritual
itu ditutup dengan doa khusus dan jamuan makan. Sebahagiannya turut memberi
upah kepada ahli majlis yang hadir. Harapannya ialah agar pahala tahlil itu
dapat dihadiahkan untuk orang yang meninggal dunia.
HAKIKAT
TAHLIL SECARA AKTUAL
Secara
positif, segala doa dan bacaan semasa tahlil boleh dijadikan BAHAN SERUAN untuk
mengukuhkan akidah dan meningkatkan perhambaan manusia dengan tuhannya.
MEMBACA
YAASIN & AL-FATIHAH - Sebagaimana konsep Rahsia Solat dan Rahsia Fatihah
yang telah kami kongsikan, membaca Al-Fatihah dan ayat-ayat dari surah al-quran
selepas Fatihah adalah merupakan satu bentuk frame dan manhaj dalam ibadah kita
kepada Allah. Semua itu difokuskan untuk melaksanakan segala perintah, hanya
dengan aturan daripada Allah. Pelaksanaannya tidak boleh bercanggah dari apa
yang telah ditetapkan dalam lingkungan Rububiyah, Ubudiyah dan Mulkiyah Allah.
MEMBACA
3 QUL iaitu Surah 112-Al-Ikhlas, 113-Al-Falaq dan 114-An-Nas adalah untuk
menyeru kita agar KEKAL BERPRINSIP sebagai seorang hamba Allah, satu-satunya
AL-ILAH (sembahan).
MEMBACA
AYAT KURSI DAN BEBERAPA AYAT AWAL DARI SURAH AL-BAQOROH juga untuk memantapkan
pendirian dan menguatkan tekad kita untuk mengabdikan diri kepada ALLAH.
KALIMAH
TAHLIL (LA ILA HA ILLALLAH) adalah simpulan VISI untuk ibadah kita. Ia adalah
kalimah yang amat besar yang Allah nukilkan sebagai seruan utama oleh semua
para Rasul (QS:16/36). Menyekutukan ALLAH adalah dosa yang tak terampun
(QS:4/116). Asas pendidikan anak juga dari kalimah ini (QS:31/13). Itulah
tujuan utama kita hidup di dunia ini (QS:51/56). Banyak lagi dalil-dalil dari
AQ dan hadith tentang kepentingan kalimah toiyibah ini untuk mengukuhkan iman
kita.
ZIKIR
TASBIH (mensucikan), TAHMID (memuji) dan TAKBIR (membesarkan Allah) yang
dibacakan sebelum kalimah Tahlil itu pula adalah MISI atau gerak kerja JIHAD FI
SABILILLAH dalam ibadah kita mentauhidkan Allah. Dengan misi yang menjurus
kepada MENSUCIKAN nama Allah, MEMUJI dan MEMBESARKAN Allah itulah dapat kita
capai visi tauhid “TIADA ILAH MELAINKAN ALLAH”.
Akhir
sekali ialah DOA dan SERUAN khusus. Doa Tahlil ini seharusnya mampu memberikan
peringatan dan nasihat kepada seluruh Jemaah yang hadir. Pesan-pesan dari didikan
si mati juga boleh dipanjangkan. SERUAN itulah yang menjadikan program tahlil
itu bermanfaat sebagai hikmah kepada sesuatu KEMATIAN. Ia mampu menghidupkan
jiwa, mencegah perkara keji dan mungkar lalu mendekatkan manusia kepada
PENGATUR (RABB) dengan melaksanakan PERATURANNYA.
Apa
yang penting ialah ILMU yang ditinggalkan oleh si mati untuk kita warisi,
teladani dan teruskan perlaksanaannya sebagai sesuatu yang bermanfaat. Ia amat
berguna untuk membina insan pendokong agama dan mampu menzahirkan Islam melebihi
agama yang lain. Seruan dan ILMU yang dikembangkan dalam tahlil inilah yang
membezakan RITUAL KEMATIAN agama Islam daripada agama-agama lain.
KONFLIK
KENDURI & MAKSIAT DI MAJLIS TAHLIL ARWAH
Majlis
kenduri arwah dikenali dengan berkumpul beramai-ramai dan mengadakan jamuan di
rumah si mati. Kebiasaannya diadakan sama ada pada hari kematian, di hari ke2,
ke3, ke7, ke40 dan ke100. Bagi mereka yang fanatik kepada kepercayaan ini atau
terlalu mengagungkan si mati malah mengadakannya setahun sekali, khususnya
menjelang ramadhan atau perayaan tertentu.
Sebenarnya
banyak perkara Khurafat lain yang juga turut dilakukan oleh masyarakat.
Contohnya upacara persandingan yang seolah-olah satu kewajipan. Padahal acara
persandingan itu hanya merupakan adat Hindu yang mengagung-agungkan Dewa Rama
dan Dewi Sita.
Begitu
juga amalan selepas kematian. Mesti diadakan kenduri masuk kubur, makan serabai
di hari ke3, kenduri pecah perut pada hari ke 7, kenduri roh berpisah dengan
waris pada hari ke40 dan kenduri 100 hari iaitu tatkala turun batu nisan agar
ruh itu masuk dalam jemaahnya sebagai ahli kubur.
Ironinya,
masyarakat Islam kini juga turut percaya bahawa orang beriman akan disoal dalam
kubur selama 7 hari berturut-turut. Orang musyrik sampai 40 hari. Siapakah yang
memberitahu kita semua itu? Siapakah yang pernah keluar dari kubur untuk
ceritakan perihal kubur? Allah tak beritahu benda ghaib termasuk hal ehwal
dalam kubur. Yang allah sebutkan ialah akan dihidupkan semula dari kubur.
Itupun masih ada takwil muhkamat dan mutasyabihat. Rasulullah SAW sendiri
katakan baginda tidak tahu perkara yang ghaib!
Nanti
akan ada yang mengaitkan dengan benda ghaib yang nabi SAW ceritakan dalam
peristiwa Isra’ Mikraj. Sebenarnya banyak lagi kekeliruan yang melanda umat
Islam tentang tarbiyah Israk Mikraj ini. Kita gagal mengkaji dan mengesan
bahawa apa yang nabi SAW ceritakan itu adalah suatu yang nyata, bukan suatu
yang ghaib. Cumanya kita tidak dapat memecahkan Kod Mutasyabihat dari kisah
itu.
Banyak
fakta dan dalil yang tidak mampu kami muatkan di sini kerana ianya terlalu
panjang. Cukuplah kami katakan bahawa dalil periwayatan Isra’ Mikraj tidak
boleh digunakan sehingga mengatakan segala yang berlaku dalam kubur itu
diceritakan oleh Nabi SAW selagi tiada dalil wahyu. Allah sendiri menyanggah
fenomena ini dengan jelas. (QS:42/51) (QS:13/31). (QS;35/32)
Percanggahan
pendapat berputar samada amalan kenduri tahlil ini dibolehkan atau tidak?
Masing-masing bawa hujah dan pendapat dari Al-Quran, hadith, athar, qias, dan
lain-lain. Dalam sedar atau tidak, hal ini dijadikan KAYU UKUR bagi menilai
pegangan agama individu. Adakah mereka Salafi, Wahhabi, Sufi, Syiah, Sunni dan
sebagainya. Amalan LABEL MELABEL ini juga amat memualkan sekali.
BOLEHKAH
TRANSFER PAHALA?
Kalaulah
amalan majlis tahlil ini mampu sedeqahkan pahala kepada si mati, maka di dunia
ini kita mesti kumpul duit banyak-banyak. Lepas itu pesan pada anak-anak supaya
buat tahlil selalu. Nanti kalau dah mati, kita senang dalam kubur. Nah ini
hanya meletakkan hidup kita dalam sangka-sangka. (QS:10/36)
Kalau
macam tu orang-orang kaya akan hidup senang di alam kubur sebab anak-anak
banyak duit untuk jamu orang makan dan buat tahlil. Bagaimana orang miskin dan
yang melarat? Adakah Islam ini hanya untuk orang kaya sahaja? Masalah kita
ialah kurang memahami hakikat apa itu PAHALA?.
Sebenarnya
di dalam Islam tidak ada sistem ‘TRANSFER' pahala atau dosa kepada orang yang
sudah mati kerana amalnya sudah terputus. Al-Qur’an menetapkan bahawa dosa
seseorang tidak dapat ditanggung oleh orang lain (QS:17/15). Seseorang akan
memperoleh hasil dari amalnya sendiri (QS:an-Najm : 38-39; QS:al-Muzzammil: 20
dll).
Ironinya
kita tidak sedar bahawa sebenarnya PAHALA hanyalah angan-angan ahli kitab
sahaja (QS:4/123). Kita membaca Yasin dan tahlil itu dengan harapan apa yang
kita bacakan mampu meringankan dosa si mati. Bagaimana kita nak memberikan
pahala kalau apa yang kita baca pun belum tentu kita faham? Ia kekal menjadi
amalan yang sia-sia kerana tanpa kefahaman kita tidak mendapat pelajaran dan
tentunya tidak melaksanakan apa yang kita baca.
Bicara
amal adalah bicara hasil. Satu-satunya GANJARAN dari amalan itu ialah
perlaksanaan ilmu pada anak yang soleh yang ditinggalkan si mati. Itu jelas
sekali hadisnya. Ia hanya mampu kita gapai dengan meneliti setiap lafaz dalam
TAHLIL dan selaku waris si mati kita bangkit melaksanakannya secara AKTUAL.
Majlis
TAHLIL itu boleh dijadikan satu wacana tarbiah untuk saling ingat mengingati.
Sama halnya macam solat Jumaat. Umat berhimpun di masjid untuk mendengar
khutbah lalu bertebaran mencari kurnia Allah, melaksanakan apa yang dititihkan
oleh khatib dari khutbah itu. (QS:62/9-10)
Dengan
kembali kepada pelaksanaan kalimah ini secara AKTUAL sahaja boleh menjadikan
kita saling rai-meraikan, tolong-menolong dan berkasih sayang. Semua itu jelas
ada dalilnya. RITUAL hanyalah sekadar perlambangan dan tarbiah sahaja. Kita
kini mendapat Islam juga hasil usaha orang terdahulu yang mengamalkan
keseluruhan isi Al-Quran dan sunnah itu secara AKTUAL. Bukan sekadar RITUAL.
Itulah
GANJARAN sebenar dari amal orang terdahulu. Ilmu agama dan akidah umat agama
ini berkembang luas hasil dakwah mereka. Wilayah kekuasaan bertambah, umat
berjaya disatukan, kemungkaran juga berjaya dikurangkan.
HUKUM
TAHLIL DI SEBALIK IBADAH DAN UPACARANYA
Hari
ini upacara ritual tahlil berlaku dalam situasi aktualnya tidak dilaksanakan.
Kita rujuk juga teguran TGNA berkaitan ritual berwudhuk sebelum solat. Wudhuk
yang tidak didisiplinkan dengan sempurna hanya akan membazir air. Sedangkan
membazir itu sendiri amalan syaitan. Jadi apa AKTUAL sebenar wudhuk yang mahu
kita amalkan?
Apa
yang kita praktiskan sewaktu berwudhuk adalah konsep penyucian jiwa dan diri.
Yang hendak dibasuh, disental dan dicuci bukan sahaja kotoran pada fizikal
anggota wudhuk itu, tetapi lebih penting sekali menyucikan segala dosa yang
dilakukan oleh anggota kita. Itu pencerahan dari TGNA yang perlu kita renung.
Kita
harus tahu bagaimana untuk membezakan ibadah dan upacara. Sesuatu ibadah
menjadi haram jika dibuat tanpa ilmu (QS:17/36). Itu ASAS BASMALAHNYA jika kita
ingin melakukannya untuk dapatkan redha Allah. Kerana itu nabi SAW kata, “Akan
tertolak suatu amal baik itu tanpa berbasmalah”.
Oleh
itu, tahlil juga tidak akan jadi haram selagi kita tahu dan yakin bahawa ia
mampu mendekatkan diri kita kepada Allah (QS:5/35). Ia akan JADI HARAM apabila
kita SENGAJA menetapkan taqwim tahlil itu sebagai WAJIB, kerana Allah dan Rasul
tidak wajibkan ia dengan dalil naqli secara jelas.
Mengikut
kaedah fiqah (Qawaid fiqh), penetapan sesuatu hukum ibadah itu berlandaskan
syarat wajib, sunat, harus, makruh dan haram. Asas SIROOT (basmalah / visi
tersirat) dan perlaksanaan SABIL (misi jihad/ tersurat) itulah yang akan
meletakkan sesuatu nilai ibadah itu di dalam kategori yang mana.
Tahlil
dikatakan amalan baru kerana tidak berlaku di zaman nabi SAW. Namun ia juga
tidak bertentangan dengan al-quran dan sunnah selagi tidak ada unsur MAKSIAT
dan MENSYIRIKKAN Allah. Antaranya termasuk amalan NIHAYAH (meratap) yang
memanjangkan kesedihan atau pemujaan kepada peribadi simati.
Ia
boleh JADI HARAM apabila laki dan perempuan bukan muhrim bebas bercampur tanpa
batas. Salah seorang sukarelawan kami baru sahaja menyaksikan satu majlis
tahlil yang meletakkan urusan membaca Yasin dan tahlil itu diketuai serta
dilakukan oleh golongan wanita. Yang janggal di situ ialah bila kaum lelaki
hanya duduk berborak, memasak dan menjamu selera. Ini melanggar firman di
QS:4/34.
Juadah
jamuan di majlis tahlil juga biasanya disediakan oleh keluarga si mati.
Sepatutnya kita meringankan beban mereka. Ini juga boleh menjadikan ia haram
jika harta yang digunakan untuk majlis itu adalah hak anak yatim atau asnaf
fakir dan miskin.
Ada
pula kes yang melibatkan aktiviti menjual agama, mencari keuntungan dunia dengan
mengambil upah membaca al-quran dan tahlil untuk si mati dengan pakej dan harga
tertentu. Sebahagiannya turut mengeksploitasi pelajar tahfiz. Itu tidak
termasuk adegan paling pelik, iaitu letak air dalam bekas, atau beli air
mineral berdozen-dozen, sebelum bacaan yassin dan doa kena pastikan penutup
botol air mineral mesti di buka dan di biarkan air mineral tersebut terdedah.
Allah suruh guna 'akal' dari air yang dianalogikan sebagai ilmu, bukan untuk
dijadikan 'tangkal'...
Oleh
itu, kami di RPWP meletakkan UPACARA TAHLIL sebagai satu ibadah HARUS atau
SUNAT mengikut kondisi tertentu. Kami nilai RITUAL ini dengan ilmu dan
mengadilinya secara berimbang melalui hukum syarak, hukum adat dan hukum akal.
Kerana itu jugalah setiap malam Jumaat atau bila ada permintaan masyarakat yang
mengalami kematian, anak-anak akan melakukannya. Sekurang-kurangnya takwim itu
dapat melancarkan bacaan anak-anak dan tarbiahnya dapat menguatkan akidah
mereka.
IBADAH
DAN BIDAAH
Masalah
kita di dalam masyarakat adalah PENCIPTAAN dan PENETAPAN ibadah-ibadah baru
yang sentiasa bertambah mengikut edaran zaman dan fahaman. Ibadah khusus
dikembangkan menjadi satu ciptaan ibadah baru. Sebagai contoh, ayat-ayat
al-quran yang terpilih dibaca, di tokok tambah bersama dengan amalan-amalan
lain lalu melahirkan formula IBADAH BARU.
Ibadah
khusus + ibadah khusus + ??? = IBADAH BARU. Contoh; membaca surah al-Fatihah +
Yaasin + beberapa ayat dari surah al-Baqarah + 3 Qul + tahlil + doa + jamuan +
upah = MAJLIS TAHLIL.
Kita
tidak mampu mengubah persepsi masyarakat yang sudah tebal dengan adat, budaya
dan resam nenek moyang yang telah sebati di jiwa mereka. Apa sahaja yang
bertentangan atau berlainan dari fahaman ritual tradisi masyarakat setempat
akan dikecam.
Di
Perlis contohnya tidak ada bacaan Yasin malam Jumaat. Tetapi berbeza dengan
negeri lain. Di Mekah juga tidak ada langsung wirid dan doa selepas solat
sepertimana amalan kita. Itulah dinamakan proses toleransi agama dan budaya.
Kerana itulah dikatakan WALI SONGO mengasimilasikan ritual ini dengan pengisian
agama. Paling penting Allah nasihatkan agar “jangan sampai kita mencaci upacara
atau ritual agama mereka, kelak Allah akan dicaci berlebihan-lebihan” QS;6/108.
Toleransi
dan perdamaian secara ritual inilah yang mensejahterakan agama buat umat yang
berbilang bangsa dan budaya. Kita harus berkolaborasi dalam urusan budaya dan
agama untuk menghasilkan asimilasi fahaman doktrin agama dengan masyarakat
setempat. Janganlah terlalu jumud, rigid dan berlebih-lebihan dalam ritual
agama. Yang penting kita PASTIKAN perlaksanaan AKTUALnya kita sempurnakan.
Bida’ah
atau IBADAH BARU itu dikatakan sesat jika tidak kena gayanya. Tetapi, setiap
amalan itu bergantung dengan NIAT dan ilmu, bukan sekadar ikut-ikut. Jika kita
tahu asas BASMALAH yang sebenar dari petunjuk Allah, pasti tidak akan berlaku
khilaf dan kesesatan. Niat yang berasaskan basmalah inilah yang membezakan
samada ibadah kita benar atau hanyalah sekadar riuh rendahnya siulan dan
tepukan tangan semata-mata. (QS:8/35,36)
KESIMPULAN
QS:
5. Al Maa'idah 35. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan
CARILAH JALAN yang MENDEKATKAN DIRI kepada-Nya, dan ber’JIHAD’lah pada
jalan-Nya, supaya kamu mendapat keberuntungan.
Jika
kita rujuk, tafakur, tadabbur dan tabayyunkan dalil-dalil di atas, seharusnya
kita akan dapat satu konklusi yang sama. KALIMAH TAHLIL ini amat besar
kepentingannya. Ia berkait rapat antara kehidupan kita di dunia dengan alam berikutnya di akhirat. Syurgakah atau nerakakah kita?
Gunalah akal yang Allah
beri untuk kita sama-sama fikir. Bolehkah RITUAL TAHLIL ini kita kembangkan
secara AKTUAL sebagai salah satu JALAN MENDEKATKAN DIRI kita kepada Allah?
Jika
kalimah ini besar impaknya, maka tuntutan untuk melaksanakannya tentu besar.
Adakah dengan HANYA MENGUNGKAP kalimahnya sahaja sudah mampu memenuhi 'demand'
kalimah ini? Sudahkah dikira mengamalkan kalimah ini? Sudahkah menepati
definisi amalan para salafussoleh? Sudahkah cukup untuk meletakkan Islam
setinggi-tingginya, seperti mana Rasulullah pernah letakkan?
Perdebatan
kita sebenarnya kerana kita sudah terperangkap dengan BELITAN RITUAL. Ini yang
menjerat kita sehingga berpecah-belah, bercakaran, label-melabel, dan lebih
teruk lagi bunuh membunuh! Kita banyak membazirkan masa 'bertarung' sesama
sendiri dalam hal cabang/ranting. Setiap golongan berlumba-lumba untuk
mewajahkan yang pendapat mereka lebih betul dari yang lain. Padahal hal akar
dan pokok utama yang sepatutnya perlu ditumpukan (QS;14/24-27)
Sebaiknya
kita hentikan polemik yang tiada kesudahan ini. Fokuskan kembali agenda
mengamalkan Islam dalam bentuk AKTUAL, bukan RITUAL semata-mata. Itulah antara
maksud Allah agar kita amalkan Islam ini secara KAFFAH. (QS:2/208)
Ayat
ini selalu diguna untuk 'tembak' orang yang ambil ajaran Islam separuh-separuh.
Contohnya kita ambil bab zakat tetapi tidak endahkan larangan riba', ambil bab
solat tinggalkan bab tutup aurat. Namun kita lupa akan hal AMBIL RITUAL dan
TINGGALKAN AKTUALnya. Bukankah itu juga termasuk dalam istilah 'AMBIL ISLAM
SEPARUH-SEPARUH'?
Inilah
kesimpulan akhir kami dalam dilema TAHLIL ARWAH. Ada kebaikannya jika kita
lakukannya untuk memupuk perpaduan di kalangan masyarakat. Jadikan ia wacana
dakwah dengan menganjurkan perlaksanaan AKTUAL dari setiap bacaan di majlis
itu. Kita kembangkan ilmu tinggalan Rasulullah SAW dan si mati untuk sama-sama
melaksanakannya. InsyaAllah perlaksanaan AKTUAL dari RITUAL TAHLIL ini akan
memanjangkan amal anak Adam yang kita tahlilkan.
Begitu
juga dengan nasihat TGNA tentang wuduk. Dikatakan bukan air yang banyak buat
membasuh anggota itu yang dituntut, tetapi penyucian dosa pada anggota itu yang
dimaksudkan secara AKTUAL dalam RITUAL wuduk itu. Hal ini juga pernah kami
artikelkan dalam siri Rahsia Solat (WUDUK).
Buah
fikir dan FURQON begini jugalah yang TGNA mahu kita TAFAKUR dan TADABBURKAN
dalam wasiat beliau tentang tahlil arwah. Bacaan kita itu tidak beliau perlukan
setelah matinya. Yang beliau mahu ialah perlaksanaan AKTUAL dari bacaan itu. Ia
untuk kebaikan kita sendiri juga. AKTUAL tahlil itu yang lebih utama, bukan
sekadar bacaan RITUAL yang hanya terhenti di bibir sahaja.
Semuga
wasiat beliau ini membuka satu lembaran baru bagi kita tentang hakikat AKTUAL
dan RITUAL dalam ibadah kita, khususnya merujuk kepada amalan mengadakan TAHLIL
ARWAH.
WARGA
PRIHATIN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan