KJ: NGO anti-LGBT jangan pakai iPhone

“Jelas sekali kebodohan tiada sempadan,” kata menteri itu dalam satu tulisan di Twitter semalam.
Katanya, sekiranya firma yang ada kaitan dengan masyarakat lesbian, gay, biseksual dan transgender perlu diboikot, maka produk elektronik jenama Appel juga perlu dijauhi.
Cook (gambar) baru-baru ini mencetus keghairahan media apabila mengumumkan beliau seorang gay.
Khairy menjawab kenyataan Jaringan Melayu Malaysia semalam yang menggesa agar Ambank diboikot kerana mempunyai hubungan dengan Metlife Holdings.
Metlife, satu firma AS pada 2013 dinamakan sebagai tempat kerja paling baik untuk golongan LGBT oleh United States Human Rights Campaign.
Menurut JMM, langkah kerjasama dengan Metlife menunjukkan Ambank terlibat dengan “agenda lebih besar” dalam menghakis sensitiviti orang Islam di Malaysia ke atas LGBT.
Menurutnya, Metlife tidak harus dibenarkan mencebur dalam perniagaam takaful (insurans Islam) kerana Islam melarang kegiatan LGBT.
Ambank dan Metlife menawarkan produk Amlife danAmlife Takaful.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan