MALAM INI DI PETALING JAYA (The TT Ciloker)
PasMa mesyuarat pertama malam ini di sebalik ejekan ‘jebon’ oleh pro-ulama
Menjelang mesyuarat penuh pertama Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia
(PasMa) malam ini, hubungan kumpulan ini dengan parti induk mereka, PAS,
terus mendapat perhatian menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti Islam
itu pertengahan tahun depan.
Pihak paling tidak senang dengan mereka adalah para penyokong Presiden
PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, khasnya golongan pro-ulama dalam parti
itu.
Walaupun Presiden PasMa, Phahrolrazi Zawawi (gambar, kanan) berkata
pihaknya tidak akan terlibat dengan pemilihan PAS, namun cakap-cakap di
bawah semakin terang bahawa kumpulan ini bakal menjadi kumpulan pendesak
ke arah perubahan pucuk pimpinan parti itu agar lebih pro-Pakatan
Rakyat (PR).

PasMa yang ditubuhkan secara rasmi 10 Ogos lalu meraikan sambutan 100 hari pertamanya 20 November ini.
Pertemuan pertama diadakan pada 31 Ogos lalu di Perpustakaan Az Zahra, Kota Bharu.
Selepas hampir 100 hari bergerak dan menubuhkan cawangan di seluruh
negara, PasMa akan mengadakan mesyuarat penuh perwakilan pertamanya di
sebuah hotel dekat Petaling Jaya malam ini.
-
See more at:
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pasma-mesyuarat-pertama-malam-ini-di-sebalik-ejekan-jebon-oleh-pro-ulama#sthash.ZyqUuUaV.dpuf
KAH
KAH KAH
woit
i have nothing to say
i rest my case
my lord
KAH KAH KAH
Tiada ulasan:
Catat Ulasan