PERANG
PETROL DAN ISIS
Sepuluh
hari satelah World Trade Center di New York meledak dilanggar kapal
terbang, General Wesley Clark – bekas Kamander NATO ( North
Atlantic Treaty Organisation) telah datang melawat Pentagon. Pentagon
ialah ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika. General Clark datang
untuk bertemu dengan Naib Presiden Dick Cheney dan Timbalan
Setiausaha Pertahanan Paul Wolfowitz. Mereka berbincang tentang
ledakan yang baru berlaku.
Ketika
beredar General Clark dia telah 'ditahan' oleh seorang General yang
pernah bertugas dibawahnya. Sang General ini telah memberitahu
bahawa Iraq akan diserang. Sesudah itu Syria, Lebanon, Libya, Sudan
dan akhirnya Iran
[There] “is
a memo [at the Pentagon] that
describes how we’re going to take out seven countries in five
years, starting with Iraq, and then Syria, Lebanon, Libya, Somalia,
Sudan and, finishing off, Iran.”
General
Wesley Clark, former Supreme Allied Commander
of NATO (1997-2000), (March 2, 2007)

Untuk
para pembaca yang terlupa biar saya ingatkan bahawa Amerika telah
menyerang negara-negara yang warganya beragama Islam:
Iran (1980, 1987-1988), Libya (1981, 1986, 1989, 2011), Lebanon
(1983), Kuwait (1991), Iraq (1991-2011, 2014- belum tamat), Somalia
(1992-1993, 2007- belum tamat ), Bosnia (1995), Afghanistan (1998,
2001- belum tamat), Sudan (1998), Kosovo (1999), Yemen (2000, 2002-
belum tamat), Pakistan (2004- belum tamat ) Dan ketika
saya menggarap tulisan ini perang sedang dilancarkan keatas Syria.
Apakah
maknanya semua perperangan ini? Kenapa perang ini berterusan ?

Akhbar
dan media kita hanya melaporkan : berapa yang mati, siapa yang
meledak, dimana pertempuran berlaku, siapa yang diserang, kenyatan
dari Presiden itu dan Perdana Menteri ini atau dari Politikus dari
pelbagai jenis. Untuk saya ini TIDAK memadai untuk betul-bertul
memahami apa itu politik dan apa itu realpolitik. Dan apa maknanya
perang.
Letupan,
bom yang meledak, soldadu yang gugur, orang kampong yang tewas,
kanak-kanak yang menjadi mangsa atau bangunan yang runtuh hanyalah
fenomena perang. Semua ini adalah manifestasi. Dibelakang manifestasi
ini ada 'gajah' yang lebih besar. Gajah inilah yang TIDAK berani
diusik oleh media. Gajah ini tidak berani dihujah oleh pemerhati
politik. Gajah ini juga TIDAK dibogelkan untuk diketahui umum.
Perang
ialah politik. Saya ulangi sekali lagi bahawa perang adalah
penerusan politik. Perang adalah politik yang TIDAK dapat
diselesaikan melalui perundingan. Manakala politik ialah perebutan
kuasa. Perebutan kuasa bertujuan untuk merebut dan memiliki
punca-punca ekonomi. Ekonomi ialah asas politik. Gagal memahami asas
ini maka kita akan gagal memahami apa itu politik
Contohnya:
Pakatan Rakyat berjuang untuk menggulingkan kerajaan Barisan Nasional
kerana Pakatan mahu memiliki punca punca ekonomi Malaysia. United
Malays National Organisation terus mahu berkuasa kerana dengan kuasa
mereka memiliki punca-punca ekonomi dan kekayaan Malaysia. Tujuan
ahli-ahli Pakatan Rakyat berpolitik ialah memiliki punca ekonomi.

Justeru
perang yang dilancarkan oleh Amerika terhadap negara-negara Arab,
negara Afrika semuanya kerana ekonomi. Ekonomi yang dimaksudkan
ialah minyak – bahan bakar petrolium. Hari ini siapa yang memiliki
minyak akan memiliki kuasa dalam dunia ini. Tanpa memiliki bahan
bakar petrol sesebuah negara TIDAK memiliki kuasa kerana minyak
petrol ialah kuasa.

Sebenarnya
- turun naik harga bahan bakar petrol dalam Oktober/November 2014
ini ialah sebahagian dari strateji perang yang sedang dilakukan oleh
Amerika. Harga minyak kini menjadi senjata.
.jpg)
Amerika
menyedari bahawa hari-hari akhirnya telah sampai apablia China
menjadi kuasa ekonomi kedua terbesar sesudah Amerika. China
satu-satunya kuasa dunia yang boleh bersaing dan melawan Amerika.
Jika China bersatu bersama Rusia jawabnya Amerika terkubur.
.jpg)
Tujuan
menjatuhkan harga minyak ini ialah untuk melemahkan ekonomi Rusia.
Satu sekatan ekonomi telah dikenakan keatas Rusia satelah Crimea
bersetuju untuk kembali menjadi wilayah Rusia pada March lalu.
Sekatan ini TIDAK menjejaskan ekonomi Rusia. Maka, satelah MH17
meletup 17 Julai dahulu – satu lagi sekatan ekonomi dikenakan.
Tetapi ekonomi Rusia masih lagi kukuh kerana Rusia adalah pengeluar
minyak kedua terpenting sesudah Saudi Arabia.
Pada
ketika ini Rusia membekalkan 38% bahan bakar petrol untuk Eropah. Ini
bermakna Eropah menjadi rakan niaga yang intim dengan Rusia. Eropah
bergantung kuat dengan Rusia. Rusia terus mendapat tukaran dolar dan
euro hasil dari penjualan minyak dan gas. Justeru, nikmat ekonomi
Rusia ini wajib diledakkan.

Penurunan
harga minyak ini juga bertujuan untuk menggangu gugat Iran. Iran sama
saperti Rusia telah dikenakan pelbagai bentuk sekatan ekonomi.
Banyak negara temasuk Malaysia yang pada satu ketika dahulu berniaga
dengan Iran telah mendapat tekanan dari Amerika. Iran juga – sama
saperti Rusia – adalah pengeluar minyak dan gas terbesar dalam
dunia
Sebenarnya
apa lagi Amerika mahu?

Justeru,
pada ketika ini dunia telah dipecah-pecah ke beberapa wilayah.
Amerika Utara dan Selatan satu wilayah. Afrika satu Wilayah. Timur
tengah satu wilayah dan Asia satu wilayah. Ada wilayah yang terikat
dengan perjanjian ekonomi dan pertahanan. Contohnya : Eropah Barat
ada penjanjian tentera dalam North Atlantic Treaty Organisation
(NATO). Jepun diikat dengan perjanjian ketenteraan semenjak tahun
1951 dengan Amerika. Asia kini sedang dipaksa untuk diikat dengan
perjanjian TTPA.

Lalu
persoalan timbul : Apa kena mengena semua ini dengan ISIS?
Pada
10 March 2013 ajensi berita Reuters di Berlin telah memetik satu
berita tentang ISIS dari majalah Der Spiegal – mingguan dalam
bahasa German. Menurut laporan Der Spiegal gerila-gerila ISIS telah
dilatih oleh Amerika di Jordan. Berita ini TIDAK memeranjat sesiapa
kerana umum telah megetahui ISIS ini sama saperti Al-Qaeda adalah
anak didik Amerika.
Justeru
apa tujuan ISIS ini diwujudkan?
Sebelum
saya menjawab kenapa ISIS diwujudkan – saya amat yakin pasti semua
pembaca teringat akan nama arwah Usama Bin Ladin dari Al-Qaeda.
Malah apabila nama ini disebut pasti imej sosok akan tergambar.
Tetapi berapa ramai yang teringat akan nama Abu Musab Al-Zarqawi atau
Zarqawi?
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan